Perjalanan hidup aku yang bagi aku sukar ni, aku adalah benda-benda yamg aku harap sangat aku dapat nanti. Bila ada masalah, aku selalu cakap pada diri aku, sabar, satu hari nanti mesti ada hari kau. :)
Buat masa ni, aku hanya nak jadi wanita yamg solehah. Bila kahwin nanti, aku nak jadi isteri terbaik dan ibu yamg hebat. Kalau boleh, aku tak nak kerja melainkan kerja yang tak menjejaskan hubungan aku dengan keluarga.
Aku mungkin hanya mahu jadi guru, pengasuh pendidik, penulis, atau pembuat kek. Ni kalau aku bagi tahu mak ayah aku ni confirm kena syarah ni. Belajar jauh-jauh, nak kerja 'rendah-rendah je' dah kenapa?
Banyak beb, banyak sebab aku nak apa yang aku nak. Tapi tu lah, bukan mudah nak dapat apa yang aku nak. Kalau dapat suami yang berkemampuan tak pe lah. Tu pun kalau sempat kahwin. Dan, berkemampuan bagi aku, bukan maksudnya kaya eh. Aku kalau boleh tak nak kahwin dengan orang kaya. I mean, kaya duit. Tapi bukan lah nak yang miskin. Tapi aku nak yang sederhana je .
Pun Banyak juga sebabnya. Aku kalau boleh nak naik bersama-sama dengan suami, lalui cabaran hidup sama-sama. Bukan kahwin, je dah memang kaya. Bagi aku, benda yang aku dapat demgan melalui cabarannya, pasti akan aku hargainya lebih lagi. Lagi pun, aku tak nak manja kan anak-anak aku dengan duit. Aku nak mereka rasai hidup dengan pengorbanan. Aku nak mereka faham erti syukur. Dan duit bukan kebahagiaan
Sudah pasti, aku nak ,mereka kenal tuhan.
Aku nak jadi ibu yang penyayang. Aku nak jadi ibu yang penyabar. Aku nak jaid ibu yang tabah. Aku nak jadi ibu yang bertanggung jawab. Aku tak nak marah anak aku tak tentu pasal. Aku nak mereka dapat kasih sayang yang secukupnya. Aku nak mereka senang hati untuk bercerita apa sahaja dengan aku. Aku nak mereka berani jujur dengan aku. Aku nak mereka cari tuhan bila ada masalah. Aku nak mereka kuat.
Suami, aku nak dia rasa dia insan paling beruntung kerana kahwin dengan aku. Aku taknak dia ada rasa menyesal sikit pun sebab kahwin dengan aku. Aku nak jadi penyejuk mata baginya. Aku nak jadi penaik semangatnya. Aku nak dia sentiasa segar bila nampak aku. Aku nak dia tenang bila dengar suara aku. Aku nak dia senyum bila makan masakan aku. Aku nak dia lupa masalahnya bila bersama aku. Aku nak senyum saja depan dia. Ku nak cantik sahaja depan dia.
Aku akan usaha untuk tidak naikkan suara dengannya. Aku akan cuba untuk berlembut bahasa dengannya, aku akan usaha beri senyuman yang paling menawan setiap hari. Aku mahu buat dia jatuh hati pada atu setiap hari. Aku mahu dia bersyukur nikah dengan aku. Aku nak dia dekat kan diri dengan Allah sebab aku.
Aku nak komunikasi yang jujur dalam rumah tangga aku. Aku mahu kejujuran jadi tunggaknya. Aku tak mahu menipu dan di tipu. Aku taknya disorokkan sesuatu. Walaupun jika dia ada niat berkahwim lagi satu, aku akan izinkan jika dia benar-benar jujur dan bertanggungjawab dan mahu janji untuk adil.
Aku mahu kita berkongsi masalah. Bila aku sedih, dia ada untuk aku, dan bila dia ada masalah, dia tahu aku ada di sisi nya. Aku mahu bermesraan setiap hari. Jika aku terpaksa ditinggalkan atas urusan kerja, aku tak mahu ditinggalkan melebihi sekian waktu.
Aku mahu kami ada masa bersama. Walaupun sudah ada anak, aku mahu kita ada masa bersama. Minta sesiapa jagakan, dan kita pergi dating. Walaupun hanya satu jam. Aku nak dating selalu. Aku nak pupuk balik kasih sayang walau sebelum ia pudar. Akumahu cinta kita sentiasa mekar.
Walaupun kita dah tua, aku nak kasih kita makin mewangi. Aku tak nak kita lupa kenapa kita kahwin. Aku nak kita sama-sama ingatkan satu sama lain bila kita ada tersilap langkah. Jangan pernah putus asa untuk kembalikan masing-masing ke jalan yang lurus.
Kita kena solat jemaah bersama. Sama-sama kita hadiri majlis ilmu. Aku tahu aku akan ada buat dia sakit hati, maafkan lah aku. Ajar aku apa yang aku perlu ubah. Dengan baik. Aku mahu berubah, tapi biarlah ada sebabnya. Jangan jerkah aku. Aku ada masalah menhadapi situasi itu. Aku tak kisah dimarah tapi jangan dimaki.
Aku ini sangat sensitif, maaf jika kau ternampak aku menangis, aku cuma mengalirkan air mata agar aku boleh bangun semula. Jangan tuduh aku mengada-ngada. Bila kita ada masalah, janganLah kita dia. Tolong lah bincang, jangan lari dari masalah. Kita pastikan ianya selesai, secepat mungkin. Merajuk tak apa, mungkin kita perlukan masa, tapi jangan pula crpat buat andaian dan dan menghukum.
Haha, dah lah tu kan, tulis macam dah ada someone je. Tak, aku belum ada siapa-siapa pun lagi. Berangan je lebih, eh, tak bercita-cita secara specific. Tak salah kan? Mana lah tahu ada rezeki, dapatlah. Bukan nak gedik, cuma ini pembangkit semangat aku agar tetap kuat. Aku tak dapat ubah orang lain, jadi aku bercita-cita untuk ada keluarga bahagia sendiri. Amiin.
